11 Februari 2010

KERJA KURSUS KAJIAN SEJARAH PMR 2010

TUGASAN SATU
Anda ditugaskan membuat kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia

a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:

Tajuk Kajian Perayaan tradisi kaum di Malaysia.

  • Senarai Kandungan
  • Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib.
  • Penghargaan :Penghargaan kepada pihak yang telah membantu dalam pelaksanaan kerja kursus.
  • Objektif Kajian : Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan/iktibar/pengalaman kajian.
  • Kaedah Kajian : Menyatakan dan menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja.
Hasil Kajian :
1 Perayaan Tradisi:
- Nama perayaan/Nama lain
- Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
- Tarikh/Tempoh masa dirayakan
- Tujuan perayaan

2 Latar Belakang:
- Sejarah/Asal usul perayaan
- Upacara khusus dalam perayaan
- Individu yang mengetuai upacara khusus
- Tempat khusus sambutan dijalankan

3 Persiapan Sambutan Perayaan:
- Sebelum
- Semasa
- Selepas
- Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

4 Kesan Perayaan:
- Kekeluargaan
- Perpaduan
- Pelancongan
- Kebudayaan
- Peluang perniagaan
- Keagamaan/Kepercayaan
- Pengekalan tradisi
- Pendidikan/Pengetahuan
(Pilih mana-mana empat)

Rumusan
Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini. Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.

Lampiran
Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan. Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan.

Rujukan
Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul.

TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan : Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

0 ulasan: